PEMASANGAN SISTEM SOLAR PV KAMPUS INDUK
PENGENALAN
Universiti Sains Malaysia (USM) membuka Pelawaan Memberi Cadangan (Request For Proposal - RFP) kepada syarikat yang kompeten, berpengalaman dan berkelayakan untuk Inisiatif Tenaga Boleh Baharu melalui pemasangan Sistem Solar PV. Pemasangan sistem solar ini selaras dengan perancangan untuk mengurangkan kebergantungan tenaga dari penjanaan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan program jangka panjang penjimatan tenaga serta kos utiliti dengan mewujudkan konsep kelestarian tenaga. Pemasangan sistem solar PV dilakukan secara berperingkat di Kampus Induk.
BUTIRAN KEMAJUAN PROJEK
18 Mei 2020
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Penyediaan Dokumen dan Spesifikasi yang berperanan dalam proses penyediaan dokumen dan spesifikasi sebelum kertas cadangan diiklankan.
27 Mei 2020
Pelantikan Ahli Jawatankuasa Teknikal dan Pengesyoran untuk RFP pemasangan sistem solar PV di kesemua kampus USM yang berperanan dalam membuat penilaian terhadap proposal pembida yang berasaskan pematuhan kepada syarat-syarat dan spesifikasi yang ditetapkan dan membuat pemilihan pembida yang berkelayakan untuk ditemuduga.
28 September 2020
7 Pembida telah disenaraikan dan dipilih untuk menghadiri sesi temuduga. Syarikat yang berjaya dalam sesi temuduga tersebut dan sekaligus dipilih untuk mengikat perjanjian pemasangan panel solar PV untuk kampus induk adalah Ditrolic Energy Solutions Sdn. Bhd.
28 September 2021
Majlis penandatanganan "Solar Power Purchase Agreement" telah termetrai di antara Universiti Sains Malaysia dengan syrikat tenaga solar tempatan Ditrolic Energy Solutions Sdn Bhd untuk membangunkan projek tenaga alternatif solar yang akan menjana tenaga elektrik yang lebih efektif dan mesra alam bagi mengurangkan kebergantungan universiti pada tenaga eletrik yang sedia ada.
Pemasangan Sistem Solar dengan maksimum kapasiti 10,662.25kilowatt peak (kWp) di lokasi yang telah dikenalpasti dijangka dapat menjimatkan kos utiliti universiti sehingga 30 peratus untuk jangka panjang dan penampung penggunaan tenaga tahunan sehingga 40 peratus.
Penjimatan Tenaga antara Usaha USM ke arah Melestarikan Kampus.
- Hits: 393