BAHAGIAN KELESTARIAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI (BKPI/SID)

FUNGSI & PERANAN

 

FUNGSI

 

Merencanakan pelan strategik pembangunan infrastruktur dan korporat, pemuliharaan bangunan, sistem teknologi maklumat, sistem trafik dan pengangkutan, infrastruktur makmal, dewan dan bilik kuliah, sukan, rekreasi dan kebudayaan, semua infrastruktur lestari dan berintegrasi dan pengurusan pembangunan spesifik dan am di Universiti serta mengambil langkah yang perlu atau mengarahkan supaya diambil langkah yang perlu untuk merealisasikan pelan strategik pembangunan sesuai dengan visi dan misi Universiti.

 

PERANAN

 

  • Melestarikan fizikal, infrastruktur dan infostruktur strategik pembangunan Universiti.
  • Memastikan perancangan dan pemantauan strategik bagi logistik dan pengangkutan Universiti.
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pemantauan kejuruteraan dan pembinaan dalam Universiti.
  • Mempromosikan penjimatan tenaga sumber, penurusan sisa, teknologi hijau serta kampus hijau.
  • Menyediakan fasiliti, aset dan bangunan yang terkini untuk pengajaran dan penyelidikan.
  • Memastikan dan bertanggungjawab kepada Kesihatan Pekerja, Alam Sekitar, Sekuriti & Keselamatan dan Kelestarian.
  • Menjajar pembangunan selari dengan Agenda APEX dan Kelestarian Universiti.

 

VISI

 

"Mentransformasi Universiti Hijau untuk Kelestrian Pendidikan Tinggi Hari Esok"

 

MISI

 

Melestarikan infrastruktur Universiti dan mentransformasi Universiti Hijau seiring dengan visi dan misi Universiti.

 

  • Hits: 1435

BAHAGIAN KELESTARIAN DAN PEMBANGUNAN INSTITUSI (BKPI/SID)
Aras 6, Bangunan Canselori ,Universiti Sains Malaysia ,11800 USM , Pulau Pinang

Tel: +604-6532902 | Fax: +604-6532903 | E-Mail:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.